Wednesday 16 May 2012

♥ sinopsis cerita ♥


Cerita ini mengisahkan dua sahabat baik yang bernama Amy dan Zali. Mereka berkawan dari sejak kecil lagi. Amy merupakan anak orang kaya di kampung itu manakala Zali merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa kecil lagi. Walaupun kehidupan Zali susah dan sering dipandang hina oleh ibu bapa Amy tetapi Amy tetap ingin berkawan dengan Zali. Zali merupakan remaja yang kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup yang sebatang kara didunia. Hanya Zali sahaja tempat Amy mengadukan segala masalah nya. Amy sentiasa menolong Zali dalam mencari sesuap nasi. Mereka sentiasa tolong –menolong antara satu sama lain dalam mengharungi kehidupan mereka. Zali berkerja sebagai pemotong rumput di siang hari manakala di malam hari Zali berkerja sebagai penjual burger. Hidup Zali di ibarat kan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Kehidupan Amy amat mewah segala kemahuan Amy akan diturut kan oleh ibubapa Amy. Amy tidak pernah menganggap Zali orang miskin malah Amy sudah menganggap Zali sebagai ahli keluarganya walaupun ibubapa Amy tidak suka Amy berkawan dengan Zali.Ibubapa Amy sentiasa marah dan tidak suka Amy berkawan dengan Zali kerana meraka mementingkan kekayaan dan darjat dalam kehidupan mereka. Dengan terjadi nya sesuatu yang tidak diduga akhir sekali ibubapa Amy mengambil Zali sebagai anak angkat mereka. Kejadian yang menimpa Zali membuatkan Ibubapa Amy sedar dengan sikap mereka yang suka hina orang miskin.